Tuesday, March 2, 2010

Mukadimah

Mukadimah

Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own



JALUR LEBAR
Bermaksud medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).jalur lebar ini mempunyai banyak kelebihannya.sebagai contoh,kos untuk memperolehi jalur lebah ini berpatutan dan menggunakan hanya beberapa bahan sahaja.selain itu,masa dapat dijimatkan berbanding pada waktu dahulu.jalur lebar ini dapat membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Sunday, February 28, 2010

kesan kemudahan jalur lebar

KeSaN-KeSaN

kesan terhadap negara
Kemudahan jalur lebar ini memberi kesan terhadap negara iaitu telah menjadikan Malaysia tergolong di dalam negara-negara yang termaju dan tinggi daya saing.Urusan antara negara lain telah menjadi senang dan pantas setelah kemudahan ini diperkenalkan.
kesan terhadap masyarakat
Kemudahan jalur lebar (broadband) merupakan antara teknologi yang telah digunakan oleh masyarakat kita terutamanya di bandar-bandar besar.jika dibandingkan dahulu,hanya segelintir sahaja yang mahir menggunakan internet dan komputer.Sekarang,pelbagai peringkat umur tak kira yang sudah tua atau muda sudah pandai menggunakan kemudahan ini.
kesan terhadap pelajar
suatu ketika dahulu sebagai seorang pelajar mencari bahan-bahan pembelajaran amatlah menyusahkan dan memerlukan kos yang tinggi.Tetapi,dengan adanya jalur lebar beban pelajar akan berkurang kerana kos,masa dan tenaga dapat dijimatkan.dengan ini,pencapaian pengetahuan para pelajar akan melonjak tinggi.

Saturday, February 27, 2010

KemuDahan JaluR LeBar

KemuDahAn jalur lebar

Sekarang ini jalur lebar telah menjadi perhatian orang ramai.Pelbagai kawasan telah memiliki teknologi jalur lebar ini seperti di restoran besar,pejabat dan hotel.Ini akan memudahkan kita berkomunikasi dengan bebas dan dimana-mana sahaja.tidak seperti dahulu jika kita ingin melakukan pelbagai pembayaran seperti bil elektrik,bil telefon dan bil air. kita perlu pergi ke pusat bandar dan ini akan menyusahkan penduduk diluar bandar untuk melakukan pembayaran kerana kos untuk keluar bandar amat mahal.tetapi pada zaman sekarang yang amat moden beban sudah berkurang.kita tidak perlu pergi ke mana-mana kerana pembayaran boleh dilakukan dirumah sahaja.Kini,pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan jalur lebar di kawasan-kawasan di luar bandar.

Friday, February 26, 2010





Blogger Templates

Blogger Templates


Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kerajaan kerana telah memberikan kemudahan yang mencukupi tak kira di bandar atau luar bandar dan saya amat bersyukur menjadi anak malaysia......malaysia boleh!!!!semoga negara malaysia akan terus maju dan dapat bersaing dengan terus mengikuti perkembangan semasa.....

Jalur Lebar Merubah Hidup Saya

jalur lebar

Jalur lebar merubah kehidupan seharian saya.Dengan jalur lebar ini kerja saya menjadi lebih berkomunikasi dengan pelbagai bangsa di negara kita dan dari pelbagai negara.Saya dapat menerokai dunia tanpa mengeluarkan modal yang besar kerana dengan jalur lebar pengetahuan ini dapat saya perolehi dengan hujung jari dan dimana-mana sahaja.Kemudahan Jalur lebar ini sungguh bermanfaat untuk orang dewasa dan kanak-kanak.Pengetahuan dapat dipupuk melalui adanya jalur lebar yang terbaik.Hal ini penting untuk memenuhi hasrat kerajaan menjadi negara yang kuat berdaya saing dan mencapai wawasan 2020.

Thursday, February 25, 2010

HaraPan!!!!!!!!

HaRaPAn


Hidup saya terasa berilmu kerana apa saja maklumat yang saya inginkan dapat diperolehi dengan mudah melalui internet,seperti sedia maklum kemudahan ini membawa banyak kebaikan, antaranya pengguna seperti saya boleh merantau diseluruh dunia untuk meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan maklumat terkini dengan cepat dan murah bak kata pepatah "semuanya hanya berada di hujung jari". Namun sebagai seorang pelajar saya mengharapkan agar pihak kerajaan mengambil berat dan melaksanakan pengawalan terhadap penyalahgunaan penggunaan jalur lebar terutama di sekolah dan dipusat internet yang kian bercambah sekarang. Walaupun jalur lebar ini banyak memberikan manfaat tetapi jangan lupa bahawa bermacam-macam perkara berbaur negatif yang boleh mempengaruhi minda para remaja dan kanak-kanak yang fikiran mereka masih belum begitu matang. Jika perkara ini tidak diambil tindakan mungkin akan menjemput "tsunami" ganas yang merosakkan sosial dan akhlak mereka seterusnya akan meruntuhkan jati diri remaja kini.Sebagai buktinya dimasa kini kita telah menemui tingkah laku yang ganjil diluar batas agama yang suci yang dilakukan oleh remaja islam seperti terlibat dalam aktiviti skinhead dan sebagainya kerana ditiru dari budaya-budaya yang didapati dari luar negera. Seterusnya saya juga mengharapkan agar pihak kerajaan selalu mengawal dan mengkaji setiap maklumat yang yang disalahkan yang memburukkan imej negara berleluasa disebarkan melalui internet. Sekiranya maklumat itu tidak benar dan pihak yang berwajib mendiamkan diri, ianya boleh mengelirukan para pelajar. Bagi kami maklumat yang terdahulu diterima itulah yang benar, dan mungkin pelajar seperti kami akan terpesong daripada kebenaran. Kerajaan perlulah melaksanakan langkah yang betul dan memberikan hukuman yang berat yang setimpal keatas individu atau kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan diatas kemudahan ini selaras dengan undang-undang siber yang sedia ada, dengan ini kerajaan dapat memajukan Malaysia agar rakyat tidak salah guna kemudahan ini. Guru-guru dan Ibu bapa juga perlu membuat pemantauan dan mengawal aktiviti anak mereka daripada terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan jalur lebar ini.