


Hidup saya terasa berilmu kerana apa saja maklumat yang saya inginkan dapat diperolehi dengan mudah melalui internet,seperti sedia maklum kemudahan ini membawa banyak kebaikan, antaranya pengguna seperti saya boleh merantau diseluruh dunia untuk meningkatkan pengetahuan dan mendapatkan maklumat terkini dengan cepat dan murah bak kata pepatah "semuanya hanya berada di hujung jari". Namun sebagai seorang pelajar saya mengharapkan agar pihak kerajaan mengambil berat dan melaksanakan pengawalan terhadap penyalahgunaan penggunaan jalur lebar terutama di sekolah dan dipusat internet yang kian bercambah sekarang. Walaupun jalur lebar ini banyak memberikan manfaat tetapi jangan lupa bahawa bermacam-macam perkara berbaur negatif yang boleh mempengaruhi minda para remaja dan kanak-kanak yang fikiran mereka masih belum begitu matang. Jika perkara ini tidak diambil tindakan mungkin akan menjemput "tsunami" ganas yang merosakkan sosial dan akhlak mereka seterusnya akan meruntuhkan jati diri remaja kini.Sebagai buktinya dimasa kini kita telah menemui tingkah laku yang ganjil diluar batas agama yang suci yang dilakukan oleh remaja islam seperti terlibat dalam aktiviti skinhead dan sebagainya kerana ditiru dari budaya-budaya yang didapati dari luar negera. Seterusnya saya juga mengharapkan agar pihak kerajaan selalu mengawal dan mengkaji setiap maklumat yang yang disalahkan yang memburukkan imej negara berleluasa disebarkan melalui internet. Sekiranya maklumat itu tidak benar dan pihak yang berwajib mendiamkan diri, ianya boleh mengelirukan para pelajar. Bagi kami maklumat yang terdahulu diterima itulah yang benar, dan mungkin pelajar seperti kami akan terpesong daripada kebenaran. Kerajaan perlulah melaksanakan langkah yang betul dan memberikan hukuman yang berat yang setimpal keatas individu atau kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan diatas kemudahan ini selaras dengan undang-undang siber yang sedia ada, dengan ini kerajaan dapat memajukan Malaysia agar rakyat tidak salah guna kemudahan ini. Guru-guru dan Ibu bapa juga perlu membuat pemantauan dan mengawal aktiviti anak mereka daripada terlibat dalam penyalahgunaan kemudahan jalur lebar ini.
No comments:
Post a Comment