


kesan terhadap negara
Kemudahan jalur lebar ini memberi kesan terhadap negara iaitu telah menjadikan Malaysia tergolong di dalam negara-negara yang termaju dan tinggi daya saing.Urusan antara negara lain telah menjadi senang dan pantas setelah kemudahan ini diperkenalkan.
kesan terhadap masyarakat
Kemudahan jalur lebar (broadband) merupakan antara teknologi yang telah digunakan oleh masyarakat kita terutamanya di bandar-bandar besar.jika dibandingkan dahulu,hanya segelintir sahaja yang mahir menggunakan internet dan komputer.Sekarang,pelbagai peringkat umur tak kira yang sudah tua atau muda sudah pandai menggunakan kemudahan ini.
kesan terhadap pelajar
suatu ketika dahulu sebagai seorang pelajar mencari bahan-bahan pembelajaran amatlah menyusahkan dan memerlukan kos yang tinggi.Tetapi,dengan adanya jalur lebar beban pelajar akan berkurang kerana kos,masa dan tenaga dapat dijimatkan.dengan ini,pencapaian pengetahuan para pelajar akan melonjak tinggi.












